BUKTI SOLAT MEMPUNYAI HIKMAH TERSIRAT TERHADAP FIZIKAL DAN MENTAL MANUSIA


 “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

 Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dalam sebuah riwayat disebutkan: 

“Sesungguhnya antara yang pertama ditanya pada hari akhirat ialah solat, jika baik solatnya maka berjaya dan beruntung, jika rosak solatnya maka gagal dan kerugian”. (Riwayat Ahmad dan Ashab al-Sunan)

Individu Muslim yang menjaga solat, apatah lagi dilakukan secara berjemaah juga dijanjikan ganjaran dan pahala berlipat kali ganda. Ini kerana ketika solat, seseorang dalam keadaan bermunajat kepada Allah SWT, sekali gus mempertaut hubungan antara makhluk dan khalik yakni pencipta. Selanjutnya apabila diteliti, solat bukan sahaja semata-mata ibadat yang difardukan tetapi mengandungi manfaat yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Ketika me­ngangkat tangan dalam takbiratulihram, kuantiti oksigen bertambah dengan banyak masuk ke dalam paru-paru dan kuantiti darah beroksigen mengandungi nutrien yang dibawa oleh sel-sel badan turut bertambah. Ini kerana ketika mengangkat tangan ke paras bahu, bidang dada diluaskan dan tulang belakang diseimbangkan. Dengan cara ini kapasiti udara dalam paru-paru akan bertambah secara semula jadi.

Ketika meletakkan tangan di antara pusat dan dada setelah takbiratulihram, menjadikan individu yang solat di kedudukan paling stabil dan tenang. Ini kerana pada ketika itu sendi siku, pergelangan tangan dan otot dalam keadaan rehat sepenuh­nya. Dalam kedudukan itu darah mampu mengalir dengan lancar, cecair dalam sendi bertambah, bahkan boleh mengelak risiko diserang penyakit sendi reumatik atau kaku sendi.

Melalui pergerakan rukuk secara sempurna pula, pergerakan bendalir dalam badan akan me­ngalir dengan sempurna. Otot di bahagian depan tubuh mengalami pengecutan dan otot di bahagian belakang akan mengalami proses pengenduran. Kedudukan tangan di atas lutut semasa rukuk mampu menetapkan tulang tempurung pada posisi sebenar. Disebutkan juga, kegagalan melakukan rukuk de­ngan sempurna menyebabkan kan­dungan kolestrol me­ningkat, berisiko sakit pinggang dan mengganggu sistem kardiovaskular atau jantung.

Selain itu, melalui kaedah sujud dan duduk untuk tahiyat dengan membengkokkan jari kaki menghadap ke arah kiblat mampu menurunkan kandungan kolesterol badan serta meningkatkan jisim sel badan kepada paras lebih tinggi. Berdasarkan kajiannya juga, seseorang yang tidak membengkokkan jari kaki ke arah kiblat berisiko mendapat penyakit jantung, strok dan ke­gemukan akibat pengecutan tisu otot yang kemudiannya dipenuhi oleh gumpalan lemak badan.

Posisi sujud juga dapat me­nguatkan otot leher, tengkuk, lengan dan otot bahu. Ini kerana semasa sujud, keseimbangan posisi tulang belakang berlaku dan pengaliran darah beroksigen ke otak bertambah. Hasilnya keupayaan otak untuk berfikir juga bertambah dan melambatkan pro­ses keletihan otak.

Dalam pembentangannya juga, Prof. Fatimah turut membentangkan hasil kajian mengenai solat yang berupaya menurunkan berat badan, merawat masalah mati pucuk, mencegah penyakit jantung dan merupakan senaman regangan yang paling efektif dan berkesan.



Comments